Sunday, April 24, 2011

Catatan Album April 2011.

Bismillahirrahmanirrahim..

   Pada bulan April ini terdapat beberapa catatan sejarah bagi pelajar Applied Physics.

   Pertama, Kuiz Sejahtera Alam Sekitar yang bertempat di UPSI, tanggal 9 April yang lepas. Beberapa wakil dari USIM yang terdiri daripada pelajar Applied Physics telah menghantar penyertaan kuiz tersebut. Kuiz yang bersempena dengan Kempen Alam Sekitar telah dianjurkan oleh Kelab Rakan Alam UPSI. Walau bagaimana pun, kumpulan pertama dari USIM tetap berjaya ke
peringkat separuh akhir dan akhir. Tahniah buat mereka, yang terdiri daripada MUHAMMAD ASYRAFF BIN MD PARID, ABDUL KHALILULLAH NAJMI BIN MOHD SOBRI, ADIB ABDUL RAHMAN BIN ABDUL MUN’IM, dan AHMAD ZHAFRAN BIN NUZUL ASMADI. Jumlah peserta yang dihantar adalah tiga kumpulan. 


Peserta USIM.

Suasana kuiz.

Kumpulan Kedua.

Kumpulan pertama, di peringkat separuh akhir dan akhir.

Lagat Peserta.


Semua ahli dari USIM.

Kedua, Pertandingan Arabic Musical Theatre  yang berobjektifkan melatih pelajar membiasakan diri menggunakan bahasa Arab. Pertandingan yang berlangsung pada 13 April yang lepas dan bertempat di DKU FPQS, telah disertai oleh lapan kumpulan secara keseluruhan. Tahniah buat pelajar Applied Physics yang berjaya mendapat tempat pertama dengan persembahan bertajuk "Dunia Tanpa Sempadan", yang mana mengisahkan Fenomena yang berlaku ketika komputer diserang Virus, dan peperangan antara Virus dan Anti-Virus. Walau bagaimanapun, pengakhiran cerita ini pada mulanya berpihak pada Virus yang menang dalam perlawanannya dengan Anti-Virus. Namun, apabila perebutan kuasa dalam kalangan Virus menjadikan mereka semuanya mati. 


Anti-Virus.

Virus.

Facebook.
Cursor.


Microsoft Word.

My Computer.


Unit Music.
Email.
Start Menu.

Winamp.


Unit Video.
Unit Prop.
Unit Skrip dan Penterjemah.







Sekian sahaja laporan setakat ini dari kami.

0 comments: