Friday, October 19, 2012

GENIUS MEETING AP 2012


Assalamualkum ^^,

O yeah ! Alhamdulillah sekali lagi kita bersama2 menjayakan satu program [yg simple,enjoy and insyaAllah program yg diberkati >.<]  bertempat di DKF,FKP pada 19 oktober 2012. TQ kepada ahli2 AP yg hadir and for those yg tak dapat hadir ,harapnya kita akan bertemu pada next programme ok ..?


Pada kali ini , program ini telah menghimpunkan all of AP students tanpa mengira warna baju,kulit,umur mahupun gender !



ANTARA aktivit yg teah dilaksanakan :-



GAMES :-


- Create group ikut bulan kelahiran and ikut last digit matrix no.[create group sebnyak 2x] ..oh .. sangatlah riuh ._."


- GUESS !!

    # his/her drawings . Ala-ala running man gitu .. 
     # Guess me ? . Siap paper kena tepek kat dahi or pipi 

- Melaksanakan Sistem Buddies . :)


Guess ! siapa kartun lelaki itu .. ? :p



GROUP IKUT LAST DIGIT MATRIX NO


Alamak! picture atie  as unit aktiviti tak termasuk lak.. otokei ?! 

HASIL TEKA LUKISAN AHLI2 GROUP MEREKA .. The most interesting is farah guess lukisan ahlinya gambar org solat padahal itu adalah vernier calliper :P




SEKIAN TERIMA KASIH .. ^_^

P/S:gambar2 yg lain akan saya upload di group FB 




DARIPADA UNIT IT








Thursday, October 18, 2012

IFTAR JAMAIE

Assalamualaikum ",  Syukur Alhamdulillah dan tahniah  kepada semua sahabat2 AP kerana  berjaya melaksanakan IFTAR JAMAIE 3rd batch Applied Physics pada 18 oktober 2012 bertempat di  BKS, FKP .  Sesungguhnya  menikmati menu utama kita yg sangat enak , lazat lagi halal dan bersih  (  Nasi Lemak Ayam Berempah+air+kuih+kurma ) sambil menonoton video BENARKAH KITA MENYAYANGI RASULULLAH S.A.W ? <kalo tak clap la .. hehehe>  dapat juga kita meneruskan program tradisi ini . moga2 kita masih berpeluang meneruskan program seperti ini pada masa akan datang ..

AKHIR KATA .. SELAMAT MENYIAPKAN NOTA QUANTUM MECHANICS  .. >.<

                        
MENU SAMPINGAN


   

LAWATAN INDUSTRI 2011



  Jika dahulu kita bersama2 berkongsi kenangan melawat MNA (Malaysian Nuclear Agency) dan  
  AELB(Lembaga Perlesenan Tenaga Atom)  ......
2011 : applied physics students(1st,2nd,3rd year student)



  

Bagaimana pula pada tahun ini  ... ? 


            NANTIKAN  ENTRY AKAN DATANG ^^,

Wednesday, October 17, 2012

APHYSICS 12

Assalamualaikum and hello tu everyone. Dah dekat mid sem daaa .. baru nak update blog .. 'rajin' betul kan .. wuwu. Insan2 yg diluar sana nak tahu tak, pada 29 September 2012 yg lepas, student Applied Physics <anjuran tahun 4 yg dibantu oleh adik2 junior mereka yg sangat genius lagi cantik dan segak bergaya> telah saling menjayakan satu program yg dinamakan SEMINAR KEBANGSAAN SAINS ISLAM. Program  ini melibatkan semua student yang terdiri daripada semua course dalam Fakulti Sains Teknologi <FST> iaitu ISA(internet security assurance), ICHEMTECH(industrial chemistry tech), FM(financial math), ASRM(actuarial science), FB(Food biotech) dan AP(Applied physics),

So,ni poster course kami semasa event tu berlangsung. orange gitu ... >.<

TAKE NOTE!!
(orange = mengambarkan personaliti atau suasana itu adalah sangat ceria)
                            

 
Antara peserta yang hadir ^_^

Ketiga2 slot ni sangat menarik dan bermanfaat .. Antara input yang kami dapat peroleh :-

1- NDT(non destructive testing)

definition :                     Art and science of diagnosing defect in engineering structures and components
                                    without impairing its intended usefulness or continuing service.
Importance of NDT :    Human safety
                                    Requirement of Code and Practice
                                    Requirement of authority – law and regulation
                                    Insurances 
                                    Client and consumer
                                    Environmental protection
                                    Etc.

2-SLOT3 sebenarnya speaker dari  FREESCALE !!  En. Taib Ziad Mohamad namanya. Beliau seorang speaker yg sangatlah kelakar dan mencuit hati kami as participants ^^, .Tajuknya: Nanotechnology Changing Our Life. Bukan itu sahaja, malah kami didedahkan peluang kerjaya yang sangat meluas.. Bolehlah kami survey2 tempat2 tersebut untuk LI especially among  student yang ambil major microelectronic.









OK . SEKIAN ITU SAHAJA .. >.<

p/s :  Huraian untuk slot 1 tidak dapat diceritakan kembali secara detail kerana saya .... hehe
< kurang faham > Tapi yang pasti pasal teknologi broadband dan fiber optics ..



ATTENTION !!! 

Anda berminat untuk menyertai seminar APPLIED PHYSICS kami pada masa akan datang (2013) ??? boleh komen kat bawah yea .. terbuka kepada semua student IPT di malaysia .


Tuesday, July 31, 2012

RAMADHAN ^^,

WACANA ULUL ALBAB


Assalamualaikum kepada para pembaca blog tegar  <ada ke .. ?^^,> .. admin ingin meminta maaf kerana telah menyebabkan blog AP ni terlalu lama menyepi ... hee .. ehem , untuk menebus balik , maka admin dengan sukacitanya nak tambah satu entry kat blog AP ni .   Pada 9July 2012 yang lepas ,admin serta sahabat AP bagi 3rd Batch generation telah diamanahkan untuk menjayakan program wacana ulul albab.Sebenarnya wacana ulul albab ni merupakan subprogram dalam I-FIKR CAMP ..

Ini merupakan poster program induk <I-FIKR CAMP>


Antara subprogram dibawah I-FIKR CAMP

       Wacana Ulul-albab ----->

subprogram dibawah applied physics 
Tahniah diucapkan kepada semua AJK yang baguih2 ,berganding bahu dan menunaikan amanah yang telah diberikan oleh sekreteriat FST ni dalam menjayakan wacana ulul albab.Syukur Alhamdulillah ,wacana ini telah berjalan dengan lancarnya walaupun otak agak tepu sedikit .. hehe .. < banyak sangat input yg mana dalam kelas takkan jumpa .. > apapun syabas sekali lagi !!

p/s: gambar2 suasana ketika wacana ini tidak dapat diupload atas sebb tertentu ^^,
    : terasa sgt2 bertuah sebb dapat menjadi AJK + peserta ifikr .. sgt serooonok dengan pelbagai aktiviti  
      indoor+outdoor.


aturcara sepanjang I-FIKR'12
       

Thursday, February 16, 2012

MUROC 2012





Salam sejahtera kepada pembaca blog Aplied Physics  .. Untuk pengetahuan para pembaca , sebahagian pelajar AP akan menyertai satu competition yg dikenali sebagai MUROC (Malaysian University Robot Competition) pada bulan februari ini di dewan 2020,UNIMAP perlis .  Pertandingan ini merupakan satu pendedahan secara praktikal kepada student AP USIM terhadap pembelajaran dalam dunia fizik . Gud Luck kepada players dan ahli2 yg akan menyertai pertandingan ini ..


p/s : pertandingan kategori paintball game .


~Pengalaman adalah guru yg paling memberi kesan dalam hidup manusia~

       

           
Dewan 2020 . tempat game yg akan berlangsung =)

Thursday, January 26, 2012

muqaddimah lembaran 2012

assalamualaikum warga dunia sekalian. maaflah dah lame tidak meng"update" blog ini. hari ini saya nak berkongsi sesuatu dengan kalian semua sebagai lembaran baru tahun 2012.

2011 TAHUN YANG PANAS


Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh Goddard Institute of Space Studies, NASApada hari Khamis bersamaan 19/1/2012 yang lalu, tahun 2011 disenaraikan sebagai ke-sembilan terpanas sejak 1880. Suhu permukaan global direkodkan 0.52 darjah Celcius lebih tinggi dari suhu optimum pada di pertengahan abad-20.
 
Sebelas tahun di awal abad ke-21 yang dikira sejak tahun 2000, termasuk dalam senarai panas global. Pengiraan awal dibuat sejak pertengahan abad ke-20. Satu-satunya tahun yang direkod sebagai paling panas di abad-20 ialah pada tahun 1998.
 
 
Menurut James Hansen dari NASA, suhu yang tinggi yang mempengaruhi kepanasan bumi akibat fenomena La Nina dan aktiviti matahari masih dikategorikan sebagai rendah.
Menurut beliau lagi, pengaruh peningkatan suhu tinggi yang ketara adalah disebabkan oleh kenaikan isipadu gas rumah kaca terutamanya gas karbon dioksida. Isipadu karbon dioksida terkini yang dicatatkan ialah 390 ppm (part per meter). Manakala pada tahun 1880 hanya 285 ppm dan tahun 1960 315 ppm. 


Pernah tak kawan2 terdengar berita mengenai kejadian ribut matahari? di sini ada ulasan mengenainya. 

Kesan Radiasi Ribut Matahari Tidak Membahayakan



Banyak SMS dan khabar-khabar angin di negara-negara tertentu yang tersebar tentang bahaya radiasi yang tercetus akibat ribut matahari yang berlaku awal minggu ini. Antara isi kandungan khabar angin tersebut ialah jumlah radiasi yang sampai ke bumi adalah tinggi boleh membayakan kulit. Maka orang ramai harus melindungi kulit mereka dengan krim tertentu untuk mengelakkan bahaya radiasi yang menjejaskan kesihatan.
 
Di Afrika Selatan, suasana panik tercetus awal minggu lalu akibat SMS dan berita palsu yang menyatakan bahawa kesan ribut matahari akan meragut nyawa manusia dan hidupan di bumi seperti yang dilaporkan di news24.com(24/1/12).


Hakikat bahawa letusan yang mencetuskan ribut matahari membebaskan radiasi sebenarnya memang diakui. Ketika tercetusnya ledakan tersebut, radiasi terpancar dan tersebar ke seluruh angkasa di dalam sistem tatasuria termasuklah ke bumi. Walaubagaimanapun kesannya tidaklah seburuk yang digembar-gemburkan.
 
Todd Hoeksema, seorang penyelidik dan ahli astronomi dari Stanford Universitymenyatakan, “tahap radiasi Sinaran Ultraviolet (UV) sememangnya meningkat beribu kali ganda ketika aktiviti ledakan matahari berlaku. Walaubagaimanapun, ia hanya berlaku di luar atmosfera bumi. Jumlah Sinaran UV yang sampai ke bumi sama sahaja seperti hari-hari biasa.
 
Menurutnya lagi, Sinar UV amat kuat dan boleh bertindakbalas dengan atmosfera. Ia kemudian akan memecahkan molekul dan mengionisasikan atom (atom ionization). Ketika sinar UV bergerak ke atmosfera, semakin banyak ia diserap. Kebanyakannya diserap 80-100 batu jaraknya di atas lapisan atmosfera bumi. Melalui proses tersebut, akhirnya jumlah Sinar UV yang mencecah ke bumi sebenarnya adalah sangat kecil dan masyarakat tidak perlu bimbang dengan situasi tersebut. Penyebaran khabar angin yang mengatakan sinaran UV berlebihan dari radiasi akibat ledakan dan ribut matahari tempoh hari akan merosakkan kulit adalah penyebaran yang tidak bertanggungjawab, ujar Todd.
 
Walaubagaimanapun, tambah beliau apa yang perlu masyarakat tahu ialah Sinaran UVberlebihan, tidak kiralah samada berlaku fenomena ribut matahari ataupun pada hari-hari biasa mampu memberi kesan terhadap genetik dan boleh menyebabkan kanser kulit. Ia memang diakui dalam bidang perubatan.
Dalam isu ribut matahari baru-baru ini, amaran turut dikeluarkan untuk para angkasawan yang berada di luar angkasa walaupun setakat ini tiada bencana yang dilaporkan.
 
Untuk makluman bagi mereka yang belum mengetahui fenomena yang berlaku, pada hari Isnin bersamaan 23/1/2012 yang lalu satu ledakan besar berlaku di matahari dalam tempoh 7 tahun sejak 2005 yang menghasilkan Hamburan Jisim Korona (Coronal Mass Ejection) yang sampai ke bumi pada 24/1/2012.  
sumber : majalahsains.com

kesan daripada kejadian ribut matahari ini, terjadinya fenomena aurora.. indahnya... Subhanallah.. nak tengok dengan mata sendiri.. huuu~~

Fenomena Aurora dari Ribut Matahari



Hamburan partikel bertenaga tinggi (Coronal Mass Ejection) dari gelombang ribut matahari selasa lalu telah menghasilkan pemandangan yang mengkagumkan di langit di sebahagian besar kawasan di hemisfera utara. Gelombang elektromagnetik yang menembusi atmosfera telah menghasilkan fenomena cahaya berwarna-warni yang dikenali sebagai Aurora Borealis atauNorthern Lights.

Kumpulan pengkaji astronomi serta pelancong tidak melepaskan peluang untuk melihat pemandangan yang jarang-jarang berlaku tersebut. Ada antara mereka yang sanggup menyewa kapal persiaran untuk melihat lebih jelas fenomena aurora tersebut di bahagian utara negara Scandinavia.

http://www.majalahsains.com/wp-content/uploads/2012/01/Fenomena-Aurora-Ribut-Matahari-300x220.jpg

John Mason, seorang ahli astronomi dari Britain berkata “ia merupakan satu pemandangan yang unik, indah dan mengkagumkan. Saya melihat aurora pertama kali 40 tahun yang lalu dan kali ini adalah yang paling cantik pernah saya saksikan” kata beliau di atas dek kapal MS Midnatsol di utara Norway.

Pemandu pelancong di Jukkasjarvi, Sweden, Andreas Hermansson menyatakan bahawa aurora kali ini merupakan yang terbesar pernah dilihatnya sejak enam tahun yang lalu. Beliau membawa rombongan pelancong menaiki bas untuk menikmati cahaya aurora yang berwarna kehijauan menari-nari di langit pada petang hari selasa selama lebih kurang satu jam.

Fenomena aurora yang terjadi kali ini juga dilaporkan boleh dilihat di negara-negara yang lebih jauh ke Selatan Eropah seperti Ireland dan Britain  sebelum partikel-partikel dari ribut matahari sampai ke atmosfera bumi. Walaubagaimanapun menurut Doug Biesecker dari U.S National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA), cahaya tersebut mungkin datangnya dari angin matahari yang membawa gelombang bertenaga elektrik dan bukan partikel-partikel yang tercetus dari gelombang matahari.

Aurora Borealis yang terhasil kali ini berpunca dari aktiviti matahari yang dikenali sebagai ribut matahari (solar flares) pada titik matahari (sunspot) 1402, pada hari Isnin 24/2/2012). Ledakan ini adalah yang paling kuat pernah direkodkan sejak tahun 2005 dan termasuk dalamkategori M-9. Kategori ini hampir mencecah tahap paling tinggi yang dikenali sebagai X-Extreme. Akibat dari letusan matahari ini, partikel-partikel bertenaga tinggi terbebas dan menghamburkan Jisim Korona (Coronal Mass Ejection) yang bergerak dengan halaju tinggi kira-kira 2.200 kilometer persaat. Ribut matahari sentiasa diawasi kerana ia mampu membawa kerosakan pada satelit dan sistem telekomunikasi.
sumber : majalah sains