Sunday, April 24, 2011

Catatan Album April 2011.

Bismillahirrahmanirrahim..

   Pada bulan April ini terdapat beberapa catatan sejarah bagi pelajar Applied Physics.

   Pertama, Kuiz Sejahtera Alam Sekitar yang bertempat di UPSI, tanggal 9 April yang lepas. Beberapa wakil dari USIM yang terdiri daripada pelajar Applied Physics telah menghantar penyertaan kuiz tersebut. Kuiz yang bersempena dengan Kempen Alam Sekitar telah dianjurkan oleh Kelab Rakan Alam UPSI. Walau bagaimana pun, kumpulan pertama dari USIM tetap berjaya ke

Friday, April 1, 2011

Serbuk Kari, Kunyit, Kanser Dan Nanoteknologi

بسم الله الرحمن الرحيم




Oleh Mohd Faizal Aziz


    Mungkin tajuk rencana ini sudah terlalu ‘klise’ untuk menarik minat pembaca. Banyak rencana, buku dan maklumat-maklumat (berbahasa inggeris) boleh diperolehi dari pelbagai sumber untuk mengetahui

Pencemaran Gelombang Elektromagnet Dan Kaedah Mengatasinya

بسم الله الرحمن الرحيم




Oleh : Ismayadi Ismail
Institut Teknologi Maju (ITMA)
Universiti Putra Malaysia

    Gangguan gelombang secara sengaja dan juga tidak sengaja wujud sejak adanya radio dan  masalah ini perlu diatasi bagi meningkatkan komunikasi yang berkesan. Pada 1993, satu mesyuarat bagi International Electrotechnical Commission (IEC) telah diadakan di Paris yang disokong oleh International Special Committee on Radio Interference (CISPR) bagi membincangkan

Saturday, March 19, 2011

Kita semakin celik dengan APTURE.

Bismillahirrahmanirrahim...

Admin telah install Apture Highlight di blog ini. Ingin tahu apa fungsinya?

Apabila anda hightlight sesuatu perkataan ni blog ini, Apture akan menolong anda search perkataan tersebut 
di google. Maka anda akan menjadi semakin berpengetahuan dengan Apture. Terima kasih kepada Apture.

CONTOH PENGGUNAAN:

1. Highlight perkataan. Perkataan Learn More akan keluar.


2. Jelajahi dunia anda dengannya..




 untuk maklumat lanjut, boleh klik di sini.






Apture Highlights Extension Welcome Video from Tristan Harris on Vimeo.



Friday, March 11, 2011

Tawaran Biasiswa Tunku Abdul Rahman.

Bismillahirrahmanirrahim.


Yayasan Tunku Abdul Rahman mempelawa permohonan daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk ditawarkan BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN. Biasiswa ini diwujudkan untuk mengenang jasa Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Perdana Menteri Pertama dan Bapa Kemerdekaan Malaysia. Penerima akan dipilih daripada pelajar yang berjaya melalui proses pemilihan yang rapi.




KADAR BIASISWA


Kadar Biasiswa adalah seperti berikut:
(i) Yuran Pengajian mengikut kadar yuran sebenar yang dituntut oleh IPT.


(ii) Elaun Sara Hidup bernilai RM1,000 sebulan.


(iii) Elaun Buku bernilai RM500 / semester.


(iv) Elaun-elaun berkaitan pengajian seperti tesis, elaun latihan amal / kertas projek, elaun alat perkakas (sekali setahun).


(v) Tambang penerbangan (2 hala) sekali setahun (untuk pelajar Semenanjung yang belajar di sabah dan sarawak ).






PERMOHONAN
Borang permohonan boleh diupload di laman ewadi masing-masing. Tarikh tutup permohonan pada 31 MAC 2011.




SELAMAT MENCUBA

Tuesday, March 8, 2011

Hari Terbuka FST.

Bismillahirrahmanirrahim..



       Pada 4-6 Mac yang lepas, Fakulti Sains dan Teknologi telah menganjurkan Hari Terbuka FST, bertempat di Bangunan FST dan Pusat Tamhidi. 
Antara program-program yang telah diadakan, Pameran, Gerai Jualan, Permainan Tradisional, Pertandingan Mencipta Roket, Pertunjukan Robotik, dan sebagainya. Program ini bersempena Eksplorasi USIM yang diadakan bagi mempromosi USIM kepada masyarakat luar. Terdapat pelbagai sekolah juga yang mengadakan lawatan ke sini, tidak kurang juga pelajar dari Universiti lain.
Beribu penghargaan dan terima kasih atas sokongan, kerjasama dan komitmen dari pelbagai pihak bagi menjayakan Hari Terbuka tersebut.
Tidak kurang juga buat pengunjung luar, terima kasih tidak terhingga atas kesudian kalian menziarahi USIM. Semoga setiap individu dapat mengambil manfaat daripada program yang berlangsung selama tiga hari ini.

Sunday, February 27, 2011

Applied Physics Seminar 2011

بسم الله الرحمن الرحيم


"Nurturing Youth Towards Future"

Seminar Fizik Gunaan 2011, anjuran Program Fizik Gunaan Universiti Sains Islam Malaysia akan diadakan. Butiran mengenai program tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh:   3 Mac 2011
Hari:      Khamis
Masa:     8 a.m. - 1.30 p.m.
Yuran:    RM10 (makanan disediakan)
Tempat: Dewan Kuliah Utama, Fakulti Pengajian Qur'an dan Sunnah, USIM.


Slot 1:
Nurturing Youth Toward Scientific Thinking and Futuristic Minds.
Oleh Prof. Dr. Emiritius Muhammad Bin Yahaya (UKM)

Slot 2:
The Discovery of New Materials with Novel Physical Properties
Oleh Prof. Dr. Roslan Bin Shukor (UKM)

Slot 3:
Nanophotonics: The Art of Managing Photons at Nanoscale
Oleh Dr. Gunawan Witjaksono (MIMOS)


Objektif program:

  1. membantu pelajar-pelajar Fizik, khususnya pelajar Fizik Gunaan USIM untuk memilih bidang pengkhususan dalam Fizik
  2. memenuhi tanggungjawab sosial dengan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang dunia Fizik
  3. menyediakan mahasiswa yang bersedia dan berkemampuan untuk menghadapi bidang kerjaya.
Semua lapisan masyarakat terutamanya pelajar Fizik dijemput hadir.

Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran, sila rujuk kepada:
  • Anis (019-6348952)



Thursday, February 24, 2011

Ganjaran LUMAYAN untuk Lulusan Fizik.




Untuk link asal, sila klik di sini.


PADA masa ini Malaysia merupakan pengeksport terbesar dan pembuat ketiga terbesar peranti semikonduktor di dunia. Tetapi penglibatan Malaysia dalam industri semikonduktor adalah terhad kepada aktiviti-aktiviti pengujian dan pemasangan sahaja.
Ini kerana Malaysia kekurangan tenaga profesional dalam bidang-bidang seperti reka bentuk, analisis dan pembuatan litar-litar bersepadu (Integrated circuits) serta pengendalian sistem fabrikasi wafer dan yang berkaitan; dan amnya dalam bidang kejuruteraan elektronik dan komputer.

Bagi menampung keperluan tersebut, kursus mikroelektronik diadakan, antara lain menggabungkan bidang-bidang kejuruteraan elektronik, fizik semikonduktor dan kejuruteraan komputer.


Microelectric lie shock detector..mengesan sama ada anda menipu atau tidak.


Di negara kita kursus-kursus berkaitan dengan bidang ini ditawarkan di universiti awam dan juga institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang menawarkan bidang pengajian Fizik dan juga Kejuruteraan.

Sepanjang kursus, pelajar akan didedahkan dengan pelbagai ilmu berkaitan reka bentuk, reka bentuk berbantukan komputer (CAD), analisis dan pengujian, pengendalian dan pembuatan litar bersepadu.
Selain itu, pelajar juga akan diperkenalkan dengan dunia-dunia fizik merangkumi mikropemproses, fizik semikonduktor, elektronik digit, kejuruteraan komputer, analisis kegagalan, CAD dan sebagainya.

Seperti yang diketahui, mereka yang berminat menceburi bidang ini mestilah mempunyai kelulusan yang baik dalam bidang sains dan matematik.
Ini kerana seperti mana yang diketahui, fizik adalah satu bidang bagaimana kita menggunakan sains dan matematik dalam menyelesaikan masalah seharian.
Secara khusus, mereka mestilah mempunyai penguasaan yang baik dalam Matematik Tambahan dan Fizik.

Graduan dalam bidang ini sesuai untuk bekerja di mana-mana syarikat dan fasiliti elektronik termasuk fasiliti fabrikasi wafer dan litar bersepadu (IC).

Para graduan kursus ini secara amnya boleh mendapat pekerjaan sebagai jurutera di industri-industri antaranya seperti berikut:

  • Firma-firma pembuatan dan pemasangan kenderaan; 
  • pembuatan peralatan rumah seperti mesin basuh, TV, radio dan periuk elektrik;
  •  pembuatan barangan elektronik seperti kamera dan mesin pendua; 
  • pembuatan Robot & sistem automasi; 
  • teknologi tinggi; 
  • perunding; 
  • kejuruteraan & pembangun-an produk; 
  • badan-badan penyelidikan & pembangunan seperti institusi pengajian tinggi, SIRIM dan MCRIA.

Kerjaya sebagai jurutera bukan sahaja menawarkan ganjaran lumayan, malahan memberi peluang kepada mereka mendapat status Jurutera Profesional (P.Eng).

Monday, January 31, 2011

Jom join Yahoo! Group...

بسم الله ارحمن الرحيم

Semenjak dua menjak ni, banyak file yang perlu di hantar dalam bentuk PDF, WORD dan sebagainya. Tetapi, facebook masih tiada kemudahan ATTACH FILE. 

Maka, satu alternatif lain perlu di ambil, iaitu dengan membuat Yahoo! Group. Jadi, sesiapa pun boleh menghantar sebarang file kepada group dan semua ahli akan dapat menerimanya hanya dengan MEMBUKA E-MAIL SAHAJA! Mudah, bukan?

Memandangkan ia kelihatan agak rumit, maka saya fikir, mungkin perlu untuk saya membuat tutorial langkah-langkah untuk approve. Kerana, setakat ini, hanya 10 orang sahaja yang baru approve invitation.



Langkah-langkahnya seperti berikut......



Step 1: Klik join this group.




Step 2: Klik lagi sekali Join This Group.




Step 3: Selepas anda berpuas hati dengan setting begini, isikan KOD seperti yang diminta, seperti pada nombor 3. Kemudian, klik JOIN.





Step 4: Jika anda sudah berpuas dengan membership setting, klik CONTINUE.


SELESAI!!!


Selamat mencuba..
Semoga selepas ini, lebih ramai dapat approve invitation dengan lebih cepat. Kerana tempohnya hanyalah 30 hari. Jika lebih cepat dapat kumpulkan keahlian yang ramai, mungkin lebih banyak file dapat di POST.

Sekian, Terima Kasih.

Thursday, January 13, 2011

Einstein's corner...jom jadi usahawan Muslim...

بسم الله ارحمن الرحيم

Khamis, 13 Januari 2011, karnival keusahawanan muslim sudah pun berakhir. Kami, selaku pelajar Applied Physics tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam bidang keusahawanan, disamping ingin melatih diri sendiri serta sahabat-sahabat dalam berniaga penuh skill. Siapa tahu, beberapa tahun akan datang, apabila bersua di tepi jalan, seorang ahli perniagaan berjaya, lepasan Fizik Gunaan USIM, adalah kawan kami sendiri!!

bakal ahli perniagaan yang berjaya...


koleksi barang jualan..mungkin boleh dipertingkatkan pada masa akan datang..

dara-dara pemotong buah, serta penonton pemotong buah...

sedang berehat sebentar selepas penat melayan pelanggan yang datang berpusu-pusu...

Memandangkan ini adalah pengalaman pertama kami, maka banyak lah lagi yang perlu diperbaiki. Biro Ekonomi kami berbesar hati untuk mengadakan post-mortem dan mengadakan pembaharuan. Pada masa akan datang, mungkin lebih banyak barang-barang yang menarik yang dapat dijual, contohnya coklat (idea Yohana), tempahan menulis nama atas key-chain, dan sebagainya.

pelanggan kami...

Berniaga juga adalah sunnah Rasulullah s.a.w dan semua orang tahu perkara ini. Malah, berniaga juga lebih menguntungkan berbanding makan gaji di pejabat. Maka, tidak menjadi suatu kesalahan apabila pelajar lepasan Fizik Gunaan, apabila tamat belajar menjadi ahli perniagaan. Berkemungkinan besar, menjadi alhi perniagaan yang berkaitan dengan fizik juga bukan angan semata-mata. Namun, perniagaan yang lebih menguntungkan adalah makanan, kerana setiap hari manusia makan. Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita mengasah bakat keusahawanan kerana siapa tahu, pada masa akan datang bidang perniagaan dapat membantu kita untuk meneruskan hidup.

terlalu banyak pilihan...sukar untuk memilih...

mencari ilham untuk membesarkan business...

gembira dengan hasil jualan yang banyak dan menguntungkan.....

Sekian sahaja laporan dari saya..sebarang komen, serta cadangan dari kalian dialu-alukan..





Saturday, January 8, 2011

Apa pandangan anda tentang artikel ini?

بسم الله ارحمن الرحيم

Artikel penuh di Dinar-Emas.COM atau tunggu artikel yg telah diepisodekan dari saya.




Dialog Temubual (Bahagian 1/3):

Pernahkah anda mendengar tentang The Last Pope ?
Pernahkah anda mendengar tentang Pope Roman Peter II ?
Pernahkah anda mendengar tentang Cantus ?
Pernahkah anda mendengar tentang Benidictine Order ?
Di sini saya ingin berkongsi cerita & diharap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membuka mata kita tentang apa yang sebenarnya sedang terjadi,
pada masa sekarang & akan terjadi tak lama sahaja lagi…


" 2 minggu lepas semasa saya di New York, USA,
terjadi 1 peristiwa yang telah mem-brainwash-kan saya,
cerita nyer macam ni….."

Semasa saya dan pak cik bersiar2 di kota selepas singgah di sebuah kedai,
pak cik telah tercicir barang yang dia beli,
saya pulak tunggu dia dekat kereta dan terasa nak berak pulak…
tak tahan giler,
nak cari tandas tanya orang ada dekat situ, balon je la kan...
gereja pun gereja la tumpang berak jer…
rupanyer gereja tu ada buat satu ceremony,
ada orang pakai jubah dan topi segitiga,
tengok air muka macam yahudi laknat jer…lantak ar…
Bila sampai rumah pak cik aku,
orang yang pakai jubah setan tu jadi jiran pulak…
selang 2 rumah jer…
2 minggu aku dah spy dan tegur org ni…
takda apa2 pun hidup macam orang biasa jer…
sampai la 1 topik perbualan tu…

Aku: saya ada nmpk pak cik kat gereja tu,  tak nampak macam sembahyang, macam majlis konvo pulak..ada aper ?
Bishop: oh! yang tu…memang mjlis konvo utk paderi baru..dorang yg jubah putih tu JESUIT PRIEST

Aku: sapa tu bunyi macam best jer ? good looking…macam educated jer… ( jiran aku senyum sampai ke pipi, cam nk ketawa tapi x ketawa pun)
Bishop: hmmm…orang islam, 1000 orang ulama Islam baru bersamaan dengan 1 orang JESUIT PRIEST.

Aku: pasal apa pulak?
Bishop : orang yg pandai, hebat yg ada name nyer di depan mereka professor,doktor dll tu..
dengan kata2 yg hebat penuh ilmu dan fakta dan teori yg hebat2 tu ADALAH PERBUALAN HARIAN KAMI 700 TAHUN DAHULU… kemudian kami membuatkan bagaimane mahu hasilkan orang yg seperti professor,doktor dan mereka semua tu… Kebijaksanaan mereka tidak akan lari dari tujuan ilmu itu kami hasilkan… seluas mana pun ia berkembang ia sebenarnya di bawah tujuan kami, cuma mata mereka melihat ia berubah-rubah… ( bishop roman katolik tu sebenarnya seorang jiran saya yang memang ada link organisasi dengan Gereja Vatican dekat Rom.)

Mungkin ada pembaca yang masih belum mengetahui apakah itu Jesuit.
Jesuit adalah 1 aliran keagamaan di dalam Gereja Roman Katolik ataupun disebut Gereja Rom...
Aliran ni pada zahirnya menjalankan misi keagamaan atas nama Jesus dan Kristian,
tapi sebenarnya mempunyai agenda tertentu yang amat jahat lagi licik,
lebih2 lagi Jesuit adalah antara pembantu yang paling penting dan besar peranannya kepada Lucifer = Iblis dan rakan kongsinya Al-Masih Dajjal.
Ini kerana Jesuit adalah antara elemen penting dalam membangunkan plan besarNew World Order yang termasuk di dalamnya Freemasonry dan ZionisAntarabangsa.

Aku: tapi kan…bukan ke universiti dan gereja tu berasingan,tak campur organisasi ?…
    lg pun macammana pulak paderi2 ni bleh transfer ilmu..
    takda nampak pun paderi jadi lecturer dekat mana2 universiti dekat dunia ni…
    dekat kampung sy malaysia lg la xde…paderi kt malaysia kejanyer sembahyang jer kan…?
Bishop; masa pra-kemerdekaan wilayah2 jajahan eropah seperti kamu….
    pemimpin2 kamu yg memperjuangkan kemerdekaan tu telah BELAJAR DENGAN ORG YG KAMI AJARKAN….
    cuba kamu perhatikan cendekiawan,ahli falsafah,
    ilmuan yg NAMA MEREKA TERPAHAT DI DINDING2 SEKOLAH TU
    apa yang guru2 kamu katakan pada waktu tu?

Aku: apa ek…..yang saya ingat la… dorang tu semua orang yg geliga kepala otak tak ingat dunia,
    dorang tu pengasas ilmu dan dorang tu jadi macam tu sebab wujud perasaan ingin tahu yg sangat mendalam dlm jiwa.
Bishop; saya pasti apa yg awk cakap itu mesti tercetak di buku2 teks sekolah

Aku: betul….mana pakcik tau ni?
    (peh…dia wt lg kn… ktwa tp cm x ktwa)
Bishop: pejuang kemerdekaan lah yang bawa nama mereka supaya di kenalkan kepada kanak2 lg,
    supaya mereka mengagumi ANAK MURID KAMI

Aku: kenapa gereja nak mereka respect dengan cendekiawan2 barat?…
    macam pak cik kan ahli gereja,
    kenapa tak bubuh nama pak cik jer kn senang..pak cik jugak yang glamour nti…
Bishop: kami tidak mahu mereka tahu ilmu2 yang diajar dari sekolah hingga universiti tu adalah ilmu kami..
    Kami reka keadaan yg menampakkan ilmu itu muncul secara spontan,
    kami mahu mereka rasa ilmu itu seolah-olah bukan datang dari kebijaksanaan agama.

Aku: ish…betul jugak, masa saya sekolah dulu pun saya rasa seperti semua orang mampu kalau ada sifat ingin tahu..cikgu skolah yang ajar.
Bishop: sifat ingin tahu itu sebenarnya tidak wujud dalam diri cendekiawan barat…
    KAMI YG RANCANG SUPAYA ANDA BERFIKIR SePERTI ITU..
    Masa kan manusia sedunia yang pelbagai kaum dan agama mahu belajar ilmu di universiti jika mereka tahu ia adalah perancangan gereja ?

Aku: bunyinya macam gereja ada kaitan dengan zaman penjajahan ke atas seluruh dunia macam british,belanda,spanyol,prancis dll…betul ke?
Bishop: BETUL….  (maaf..aku terpaksa rahsiakn nama bishop ni,sbab aku dah janji takkan bagitahu sapa2 kalau dia sudi cerita pada aku..utk keselamatan aku jugak….) korang buleh ke tolong aku terjemah apa kata2 jiran aku tur..?

Sebenarnya apa yang dicakapkan oleh Bishop itu adalah Protocol Of Zion No. 4 dan Protocol Of Zion No. 9

Protocol Of Zion No. 4
It is for this reason that we must undermine faith, eradicate from the minds of the Gentiles the very principles of God and Soul, and replace these conceptions by mathematical calculations and material desires.

Protocol Of Zion No. 9
We have fooled, bemused and corrupted the youth of the 'Gentiles' by rearing them in principles and theories whick are known to us to be false although it is that it is that they have been inculcated.

Aku: pak cik dr tadi asyk cakap “kami yg rancang….kami yg rancang”..Haa….skang ni pak cik cakap la yang semua universiti kat dunia ni gereja yang Punyer…    apa bukti…stakat cakap semua orang boleh…    (sepatutnya jiran aku ni paling tak pun ada sikit rasa tercabar…tapi raut muka dia sikit pun takda rasa tergugat,malah pandang aku dgn perasaan kesian…bengang btul aku)
Bishop: ada pada satu hari tu di sebuah dewan,  ada ramai orang,dari pemimpin,orang Kenamaan hinggalah ibu bapa,keluarga dan kawan2 datang untuk ucapkan Tahniah,  berkongsi kegembiraan,kesyukuran kerana nendapat segulung ijazah…mereka bergambar bersama,memegang ijazah dan Bunga di dada sambil melontar topi di awan dgn teriakan puas…

Aku: jadinya kenapa?
Bishop: jubah yg mereka pakai tu adalah pakaian kami.. Seluruh dunia telah mengenakan jubah kami dengan perasaan mereka begitu syahdu penuh bangga… Mereka telah jadi waris kami tanpa kami perlu wujud di depan mereka… Malah mereka berebut2 melayakkan diri ke majlis itu. (jauh di benak aku mmg mengakui kte ni mmg kene bodoh2 je dngn yahudi nie…jubah tu mmg sme,Cuma modified ckt jer)

Aku: ah….kalau saya graduate nanti saya tanak pakai pun jubah tu.. ( tapi kalau tak pakai jubah tu pun tetap sama jer…tak ubah apa pun,belajar jugak ilmu)
Bishop: kalau mampu,silakan….   Setiap 1 org menentang jubah ni, akan ada 1000 lagi yg akn menyarung jubah ni, …..MEREKA YG MENGIDAMKAN MAJLIS INILAH YG AKN MEMPERTAHANKANNYA SENDIRI…. kami tak perlu Buat apa pun..

Aku: gereja jugak yang rugi…org islam semakin banyak yg pandai dan boleh Bersaing….
Bishop: sudah lama kami menanti org islam berkata seperti itu… Bukanyer mudah…………beratus tahun kami usahakan……. semakin ramai org islam memakai jubah kami, semakin banyaklah terlucutnya jubah Nabi Muhammad.

Aku: pak cik silap ni…..makin banyak institusi pengajian islam kat dunia ni,dekat kampung saya malaysia lagi la banyak…
Bishop: awak tertinggal suatu ayat…. DAN ISLAM YANG UMATNYA SEMAKIN HANCUR.. dan saya Juga terlupa nak bertanya kepada awak sesuatu…

Aku: apa dia?
Bishop: sekiranya ilmu yang kami lepaskan dari diri kami itu suatu kebaikan, mengapa tidak kami ajarkan kepada kaum kami sahaja,  dan membiarkan kamu mentadbir wilayah sendiri mengikut kesukaan kamu selepas diberikan kemerdekaan ? ( pergh!!..terkedu siot aku…tarik nafas pnjg2..killer punyer soalan…aku diam seribu bhsa… )
Bishop: tak perlu jawab….lidah kamu dan huruf-hurufnya tidak layak sebagai jawabnya.  (   jiran aku ni bleh tepuk bahu dan gosok2 bahu aku…suruh aku tenang pulak  )

klu korg nak tahu..bishop ni hidupnya sangat sederhana,
macam orang kampung…
tapi pegang banyak rahsia ….
berbza dengan freemason dan illuminati yg hidup berkuasa dan mewah..
adakah penampilan berkuasa dan mewah ni sebagai cover line supaya org takan sangka Paderi Jesuit ni sebenarya boss ?
and the bishop as the big boss ?…
tak berani aku nak tanya, ngelak kena bunuh jer…
tolong aku explain kata2 dia yang selalu berkias2 tu ye..


Jesuit Priest

Jubah Graduasi
Pernahkah kita terfikir tentang semua ini?
Atau kita hanya mengikut sahaja yang dilakukan oleh orang lain tanpa sedikitpun menyedarinya.

Nabi Muhammad pernah bersabda:
“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”.
Bermaksud :
“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum,
maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka (iaitu kaum berkenaan).
_______________________________________________________________

Anda boleh dapatkan updates artikel di NOTE ini bahagian bawah. Semuaupdates akan diumumkan di Badan Dakwah dan Rohani (BADAR).

[artikel ni panjang lagi, tunggu episode akan datang]