Thursday, February 24, 2011

Ganjaran LUMAYAN untuk Lulusan Fizik.




Untuk link asal, sila klik di sini.


PADA masa ini Malaysia merupakan pengeksport terbesar dan pembuat ketiga terbesar peranti semikonduktor di dunia. Tetapi penglibatan Malaysia dalam industri semikonduktor adalah terhad kepada aktiviti-aktiviti pengujian dan pemasangan sahaja.
Ini kerana Malaysia kekurangan tenaga profesional dalam bidang-bidang seperti reka bentuk, analisis dan pembuatan litar-litar bersepadu (Integrated circuits) serta pengendalian sistem fabrikasi wafer dan yang berkaitan; dan amnya dalam bidang kejuruteraan elektronik dan komputer.

Bagi menampung keperluan tersebut, kursus mikroelektronik diadakan, antara lain menggabungkan bidang-bidang kejuruteraan elektronik, fizik semikonduktor dan kejuruteraan komputer.


Microelectric lie shock detector..mengesan sama ada anda menipu atau tidak.


Di negara kita kursus-kursus berkaitan dengan bidang ini ditawarkan di universiti awam dan juga institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang menawarkan bidang pengajian Fizik dan juga Kejuruteraan.

Sepanjang kursus, pelajar akan didedahkan dengan pelbagai ilmu berkaitan reka bentuk, reka bentuk berbantukan komputer (CAD), analisis dan pengujian, pengendalian dan pembuatan litar bersepadu.
Selain itu, pelajar juga akan diperkenalkan dengan dunia-dunia fizik merangkumi mikropemproses, fizik semikonduktor, elektronik digit, kejuruteraan komputer, analisis kegagalan, CAD dan sebagainya.

Seperti yang diketahui, mereka yang berminat menceburi bidang ini mestilah mempunyai kelulusan yang baik dalam bidang sains dan matematik.
Ini kerana seperti mana yang diketahui, fizik adalah satu bidang bagaimana kita menggunakan sains dan matematik dalam menyelesaikan masalah seharian.
Secara khusus, mereka mestilah mempunyai penguasaan yang baik dalam Matematik Tambahan dan Fizik.

Graduan dalam bidang ini sesuai untuk bekerja di mana-mana syarikat dan fasiliti elektronik termasuk fasiliti fabrikasi wafer dan litar bersepadu (IC).

Para graduan kursus ini secara amnya boleh mendapat pekerjaan sebagai jurutera di industri-industri antaranya seperti berikut:

  • Firma-firma pembuatan dan pemasangan kenderaan; 
  • pembuatan peralatan rumah seperti mesin basuh, TV, radio dan periuk elektrik;
  •  pembuatan barangan elektronik seperti kamera dan mesin pendua; 
  • pembuatan Robot & sistem automasi; 
  • teknologi tinggi; 
  • perunding; 
  • kejuruteraan & pembangun-an produk; 
  • badan-badan penyelidikan & pembangunan seperti institusi pengajian tinggi, SIRIM dan MCRIA.

Kerjaya sebagai jurutera bukan sahaja menawarkan ganjaran lumayan, malahan memberi peluang kepada mereka mendapat status Jurutera Profesional (P.Eng).

0 comments: